Thursday, December 30, 2010



MALAYSIA Juara Piala AFF Suzuki 2010, Tersungkurnya KEEGOAN INDONESIA


Huh… SYABAS pasukan bola sepak Malaysia terutamanya kepada Jurulatih K. Rajagopal, pemenang kasut emas Mohd Safee Mohd Sali, penjaga gol terbaik punya Khairul Fahmi, perancang pasukan Nor Shahrul Idlan Talaha dan pertahanan muda 19 tahun Mohamad Fadhli Mohd Shas yang mampu mengawal penyerang import Indonesia Cristian Gonzales. Walaupun pasukan kita banyak menerima provokasi, ancaman, gangguan malahan stadium Gelora Bung Karno pun hanya di penuhi lautan merah penyokong fanatik Indonesia. Akhirnya penyokong setia Indonesia pastinya segan silu melihat pasukan kesayangan mereka yang gah semasa perlawanan kumpulan dan membelasah Malaysia pada perlawanan pertama hanya mampu menjadi Naib Juara sahaja.


Antara Faktor-Faktor menarik Pasukan Malaysia 2010 di kejohanan Piala AFF Suzuki ini ialah:

1.Malaysia melalui kekalahan besar pada perlawanan pertama apabila di belasah pasukan tuan rumah Indonesia 1 – 5, akhirnya berjaya membalas dendam dengan membawa pulan Piala AFF Suzuki ke Malaysia untuk julung kalinya.
2.Pasukan Bola Sepak Malaysia 100% anak tempatan dari segi pengurusan, jurulatih dan juga pemain berbanding Indonesia yang menggunakan 2 jurulatih asing dan 3 pemain asing, syabas MALAYSIA !!!
3.Setiap pemain Malaysia mempunyai peranan tersendiri dan kerjasama antara pemain sangat baik. Antara beberapa pemain yang perlu di beri pujian ialah Khairul Fahmi (Penjaga Gol), Nor Shahrul Idlan Talaha (Perancang utama), Mohd Safee Mohd Sali (Penyerang), Mohamad Fadhli Mohd Shah (Pertahanan).
4.Safee Sali hanya menjadi penjaring terbanyak selepas menjaringkan 4 gol dalam pelawanan separuh akhir dan juga akhir kedua-dua pusingan.
5.Pemain Malaysia rata-rata pemain muda dan berumur purata di bawah 23 tahun.
6.Pasukan Malaysia sentiasa merendah diri dan tiada tindak balas walaupun di provokosi dan diberi layanan tidak adil di tempat lawan.
7.Penyokong Indonesia terlalu ego dan angkuh serta memandang rendah terhadap Malaysia daripada semua segi walaupun kebanyakan rakyat mereka banyak mencari rezeki di Malaysia dan kita selalu menghormati mereka walupun mereka tidak menghormati kita.
8.Mengulangi kejayaan memenangi emas di Sukan Sea apabila melalui pelbagai ranjau dan dugaan sepanjang kejohanan, akhirnya menjadi JUARA juga.

No comments: